
SEKOLAH DATO HAJI MOHD NOR AHMAD
Sejarah Sekolah...
Bermula daripada setapak tanah belukar seluas 10.5 ekar dengan anggaran RM480,000 Gelugor Secondary School memulakan sesi persekolahan pada tarikh bersejarah 1 Januari 1969. Pada tahun 1979, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Gelugor selaras dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pada tahun 1990, buat kali kedua nama sekolah ini ditukar lagi menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohd Nor Ahmad sempena nama seorang tokoh pendidik, pejuang bangsa dan pengasas UMNO Pulau Pinang, iaitu Datuk Haji Mohd Nor B. Ahmad.
Bertukar Wajah...
Pada 1 Januari 1993, asrama desa ‘Hurun Ain’ telah diwujudkan. Penubuhan asrama desa ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada para pelajar yang tinggal berjauhan dari sekolah. Satu blok khas asrama desa telah dibina pada 2007. Penghuni di asrama ini hanya terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan sahaja. Selain dari itu, Sekolah ini dilengkapi dengan 7 Makmal Sains, 2 Makmal Komputer, Dewan, Mini Teater, Bilik Guru, Stor Sukan, Pusat Sumber, Bengkel Kemahiran Hidup, Bengkel Menservis Motosikal serta bilik Katering. Di samping itu, sebuah bangunan turut diubah suai menjadi bilik mesyuarat yang lebih cantik dan selesa. Ianya menjadi pilihan JPN dan pihak yang lain sebagai tempat bermesyuarat bagi beberapa aktiviti kurikulum dan kokurikulum peringkat daerah dan negeri.
Sejarah Baru...
Kini, SMKDHMNA terus menapak dengan membawa sinar yang baru kepada para pelajarnya. Beberapa subjek baru telah diperkenalkan, antaranya; pembelajaran literasi komputer, penubuhan 2 kelas MPV iaitu Katering & Penyajian dan Menservis Motosikal serta penubuhan kelas aliran agama. Kepercayaan Jabatan Pelajaran Negeri dengan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah 'Showcase' bagi mata pelajaran Pendidikan Seni, Menservis Motosikal dan Litar 'Parcouse' menyemarakkan warga SMKDHMNA untuk terus menggungguli sebaris dengan sekolah-sekolah ternama yang lain. Dengan perubahan dan suasana yang baru ini, diharapkan warga SMKDHMNA akan lebih berusaha untuk mengejar kejayaan hidup dan sekaligus memberi kecemerlangan kepada SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad.


No comments:
Post a Comment