
Berjuta penduduk diselubungi ketakutan, sembunyi dalam rumah
TAREGNA (INDIA): Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu.
Seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian rempuhan di sungai Ganges di India, di mana penganut Hindu berkumpul untuk menyaksikan fenomena itu.
Berjuta yang lain, diselubungi ketakutan, menyembunyikan diri mereka di dalam rumah.
Pemerhati di Shanghai juga kecewa apabila hujan gerimis pada sebelah pagi. Namun apabila langit siang hari mula bertukar gelap seperti malam selama kira-kira lima minit, pemerhati menjadi teruja semula.
"Walaupun hujan turun, saya tidak mahu suasana muram. Saya mahu menikmati hari yang istimewa ini," katanya.
Di Bangladesh, penduduk turut bersuka ria.
"Ia adalah saat yang jarang berlaku, saya tidak pernah terfikir untuk melihatnya dalam hidup saya," kata Abdullah Sayeed, seorang pelajar kolej yang berkunjung ke bandar Panchagarh dari ibu kota Dhaka untuk menyaksikannya.

Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132. � AP
No comments:
Post a Comment